Sunday, June 21, 2009

''Sehati 2 jiwa... ''

Amboi bukan main erat berpelukan. dua beradik ni memang camni. tak buleh berenggang. Kak ngah yang tinggal kat asrama asyik nak balik saja. Ingatkan apa masalahnya.... Semua orang tolang bagi pendapat. Tok Om kata kak ngah tak boleh berpisah dengan adik ayu kot, Abah pulak kata, agaknya depa ni membesar berdua. Maklumlah masa tu ibu pi belajar, apa-apa pun kak ngah jadi tempat adik ayu merujuk. Marah kak long.... kalau asyik bela kak ngah sangat. kak long kata ....ala ibu, jangan ikut sangat manja kak ngah tu menjadi-jadi lah dia. Kak long boleh pun dok kat asrama 5 tahun. Sebenarnya kak ngah tu yang tak boleh berpisah dengan keluarga. Sebenarnya adik ayu dengan kak ngah tu geng....depa boleh bincang tentang kartun, cerita hantu, cerita korea dan......kak long malas nak layan sangat kak ngah tu.he...he...he.Budak-budak la katakan.

Saturday, June 13, 2009

" KETABAHAN JIWA"


Biar KEPAHITAN itu pergi
Agar KEMANISAN mengisi
Biar KEKECEWAAN berlalu
Agar KEGEMBIRAAN mewarnai
Biar KEGELISAHAN lenyap

Jangan kita HILANG SEMANGAT
Biar PENDERITAAN itu menyapa
Agar KEKUATAN kita dijana semula
Biar diriku DERITA
Agarku tahu KEPAHITAN itu DERITA
Agarku sedar KESENGSARAAN ini tidak sama
Bahkan hanya CEBISAN dari penderitaan Rasulullah saw
ALLAH sekali-kali tidak menzalimi hamba-Nya
Tapi MANUSIA-lah yang menzalimi diri sendiri

"Nikmat Cinta"



Seperti kita 'kecil' dan layang-layang


Kita dengan nikmat cinta..

Seperti 'kita kecil' dan layang-layang...sebentar tadi masih di tangan,sekarang sudah tinggi terbang bersama angin mengejar awan.lantas 'kita kecil' mulai memainkan, meliukkannya ke kiri atau ke kanan.tidak peduli terik mentari siang hari.gembira dan senang 'kita kecil' karena bermain layang-layang.bahagia, lupa pada dahaga.bahagia kita pada cinta.seperti 'kita kecil' dan layang-layang.hingga tiba saatnya. meski tidak pasti bila waktu, layang-layang yang 'kita kecil' pegang, seperti lelah menari-nari.seperti enggan meliuk lagi.hingga memilih pergi.menyangkutkan diri ke pucuk pohon tinggiatau memilih kalah aduan sehingga melayang bebas tanpa kekang temali.bersedih 'kita kecil' karenanya.kita dengan perit cinta.seperti 'kita kecil' dan layang-layang.

Thursday, June 11, 2009

Wanita & Rahsia


Wanita itu sendiri adalah rahsia

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita
Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik
atas dasar akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan
Allah.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok
kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari
segala ketenangan jiwa.

Wednesday, June 10, 2009

MENCARI BAHAGIA DI HATI

Sebenarnya, kita harus selalu bertanya kepada diri sendiri tentang apa yang kita sedang cari dalam hidup dan kehidupan ini. Memang, setiap daripada kita sudah tahu ke mana arah tuju. Juga sudah tahu snagat-sangat tentang ragam kehidupan di alam fana ini.
Mungkin ada yang mahu mencari harta kekayaan. Mahu memiliki apa saja yang diimpikan. Mahu bahagia dengan keluarga tercinta dan sebagainya. Jika kita susun satu persatu tentang apa yang mahu kita cari dan miliki, mungkin saja terlalu panjang senarainya. Namun, kalau kita rangkumkan dan kita simpulkan bahawa apa juga yang kita cari dan impikan, ia akan tetap menjurus kepada SOAL KEBAHAGIAAN.
Kita bahagia jika memiliki harta berjuta! Tapi, benar-benar bahagiakan kita dengan harta itu nanti? Mungkin sekarang ini, ketika kita tidak memiliki apa-apa, kita mampu untuk merencana bahawa segala harta itu kelak akan kita gunakan sebaik-baiknya, demu dunia serta akhirat. Itu sebelum, tetapi majoritinya, setelah hidup dilimpahi kemewahan - mudah saja kita lupa segalanya!
Mungkin juga kita tergila-gila kepada seseorang, mencintainya setengah maut! Lalu, sanggup saja melafazkan tiga kata keramat. Rela saja berkorban apa saja demi cinta kononnya. Itu ketika kamu belum bejaya MEMILIKI si dia sepenuhnya, bukan? Nah, benarkah kamu begitu, sanggup apa saja demi si dia andai kelak si dia sudah menjadi hak mutlak? Mudah-mudahan…
Di sini kita lihat bahawa keinginan kita tak mungkin akan sama dengan kenyataannya kelak. Apa yang kita impikan bukan mesti terlaksana. Sedarlah kita bahawa, kita ini cuma seorang hamba kerdil yang mampu merancang. Kita sesungguhnya tidak mampu untuk menentukan apa-apa, kecuali DIA! Namun, masih ada di kalangan kita yang masih tak sedar akan hakikat itu. Atau, mungkin dia sedar cuma ada kalanya lafaz-lafaznya menjurus kepada unsur riya’! Sebab itu kita sekalian ini telah banyak diingatkan akan bahayanya lisan itu - lidah tidak bertulang! Malah lidah itu kalau tidak dijaga mungkin boleh membawa kepada rosak akidah.
Apa yang kita cari adalah urusan masing-masing dalam hidup dan kehidupan ini. Ya, memang DIA juga menyuruh kita hamba ini mencari apa saja yang kita mahu, asal saja ia tidak bertentangan, asal saja ia bukanlah sesuatu yang sudah terang lagi jelas dilarang.
Kamu carilah sebanyak mana harta, kamu intailah selaut kasih sayang sekalipun di dunia ini, namun andai tiada redha dan izin-Nya… kamu tak akan mengecap kebahagiaan sebenar. Kebahagiaan tidak boleh diukur dengan wang ringgit harta menimbun, bukan juga dengan bilangan keluarga besar, tidak juga dengan berapa ramai orang kenal kamu. Segalanya ditentukan oleh DIA. Apabila DIA sentiasa memandang kita, memberikan hidayah-Nya, insya-Allah bebahagialah kita di dunia ini jua di akhirat kelak. Mudah-mudahan…

-->